Bingkisan Buat Ibu


Ibu,

Ibu pasti penat,

ibu pasti letih, 

ibu pasti lelah. 

Namun, tidak pernah sekali pun, aku lihat ibu berhenti, 

Maafkan aku duhai ibu,

penat lelahmu tidak terbalas oleh sikap ku

penat lelahmu tidak mampu kutanggung beban itu.

Penat lelahmu bahkan tiada siapa yang tahu. 

Namun yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersamamu. 


Ulasan