Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Tepak Sirih

Imej
Si dara mencari tempat berteduh,  berteduhla ia bawah pohon kayu,  tuntutan adat dipegang teguh,  tepak sirih budaya melayu.  Tepak sirih, adat budaya perkahwinan masyarakat Melayu. Ia digunakan dalam majlis pertunangan dengan simbolik hubungan formaliti terhadap perkahwinan. Kandungan yang ada dalam tepak sirih terdiri daripada pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih,  kacip. Uniknya setiap kandungan itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pinang membawa maksud keturunan yang baik, kapur melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus manakala,  gambir dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberi erti ketabahan.  Tembakau pula melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sediah berkorban dalam setiap perkara. Bahan utama iaitu sirih membawa maksud sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. 

Manusia Luar Biasa

Imej
Manusia luar biasa itu seperti apa?  Tenang,  Tawadhuk,  Lemah lembut,  Sentiasa mempermudah urusan orang lain.  Mutiara kata inilah yang dibekalkan yang masih aku pegang hingga ke hari ini. Persekitaran hidup yang sudah lazim dengan sifat jahiliyyah, menuntut aku agar berubah. Satu cabaran besar, hendak membangunkan peribadi yang baik apatah lagi menjadi luar biasa bukan hanya di mata manusia, paling penting di mata Allah.  Datuk Prof Dr Muhaya merupakan anak jati Terengganu yang memiliki aura luar biasa. Insan ini menjadi pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menggunakan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya. Wasilah keturunan beliau juga hebat-hebat belaka, beliau dianugerahi seorang suami dan dua cahaya mata yang juga bergelar doktor. Dr Muhaya kini aktif menjadi pakar motivasi sehingga sosok ini telah menjadi inspirasi buat diriku. 

Bingkisan Buat Ibu

Imej
Ibu, Ibu pasti penat, ibu pasti letih,  ibu pasti lelah.  Namun, tidak pernah sekali pun, aku lihat ibu berhenti,  Maafkan aku duhai ibu, penat lelahmu tidak terbalas oleh sikap ku penat lelahmu tidak mampu kutanggung beban itu. Penat lelahmu bahkan tiada siapa yang tahu.  Namun yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersamamu. 

Indahnya Kampungku!

Imej
Mengapa mahu melihat yang jauh? Lihatlah indahnya kampungku Gemar rasanya menjelajah keunikan kampung sendiri, menghargai tiap-tiap unsur warisan yang ada. Rumah tradisional melayu,  masih kekal utuh walau zaman berganti zaman.  Mari! berjalan di batas padi.  Mengambil foto keindahan alam.  Namun, perlu hati-hati Takut jatuh ke sawah padi.  Kampungku punya ini.  Tebunya bersusun panjang,  menunjang ke langit tinggi.  Menjadi daya tarikan orang kampung, juga kunjungan orang luar.  Makanan sedap-sedap belaka, "Sayap ayam bakar, mari-mari", juadah terkenal di sini.  Kampungku punya ini,  bersusun botol tinggi.  Melakar sejarah kampung itu sendiri.  Dikenali replika Menara Berkembar Petronas,  juga menara Kuala Lumpur.  Jangan tidak percaya,  dibina hasil titik peluh dua anak jati kampung sahaja. Cekal lah mereka.  Menggunakan tenaga sebaiknya.  Menghabiskan usia sebaiknya.  Memberi senyum buat se...

Robohkan!

Imej
Gambar hiasan "Keluarlah dari rumahmu!" Lumrah kaca mata manusia melihat kemajuan apabila tiada lagi kawasan pinggiran. "Pinggiran harus dirobohkan! Kami mahu membina sesuatu yang lebih baik, lebih maju. Ambil pampasan itu, keluarlah dari rumahmu". Itu kata mereka. Seolah pinggiran tiada erti. Jika kau selami "pinggiran yang ku gelar kampung itu! tempat aku membesar, tempat penduduk bersama susah dan senang. Kawasan paling selamat untuk anak-anak bermain di sekitarnya". Kini, tiada lagi tempat amanku. Hati berkecamuk memikirkan warisan itu mahu diroboh. Ya, aku tak punya apa-apa, aku hidupnya sederhana. Kau punya kuasa, mampu saja berbuat sewenangnya. Berbahagialah! Semoga kau terselamat dunia akhirat. Ini dunia,  dunia itu fantasi,  syurga itu pasti. Maka, bersabarlah wahai hati 

Gaza, kami bersamamu!

Imej
"Jelas terpancar kelegaan di raut wajah ayah, dapat memberi makan kepada anak isterinya. Jelas kegirangan di wajah anak yang mungkin sudah lama menahan lapar". Wahai penduduk Gaza, di sana kau masih dalam keadaan sukar untuk mencari sesuap nasi. Cekalnya hati ayah, ibu, anak-anak yang beratur panjang untuk mendapatkan sesuatu bagi mengalas perut. Anak-anak itu membawa bersama besen, bekas makanan, gayung, bermacam bentuk bekas untuk mendapatkan makanan yang entah sampai bila boleh bertahan. Lumrah perang, berlaku krisis makanan, air bersih dan jangkitan penyakit yang tinggi.  Namun, keimanan yang tinggi sangat digeruni. Mereka yakin janji Allah itu pasti, maka mereka tidak bergaduh, tidak berebut walau perut berkeroncong sudah berhari. Malah, beratur dengan sabar menunggu giliran bahkan ada yang sambil tersenyum. Jelas terpancar kelegaan di raut wajah ayah , dapat memberi makan kepada anak isterinya. Jelas kegirangan di wajah anak yang mungkin sudah lama menahan lapar.  Terin...

Dengan NamaMu Aku Hidup

Imej
"Kehidupan ini tidak akan menjadi terlalu buruk dan tidak pula ia akan kehilangan maknanya yang hakiki melainkan apabila seseorang memahami bahawa iman kepada Allah itu adalah sesuatu yang menjaga dirinya"  Alam kehidupan itu sangat panjang. Dunia hanyalah tempat persinggahan sementara menuju alam yang kekal abadi (syurga Allah Azza Wajalla) namun, tetaplah berusaha hidup di dunia mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan Allah. Buku ini memberi pendedahan tentang bagaimana kehidupan seseorang manusia itu boleh dikaitkan  dengan 99 nama Allah.  Firman Allah: فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ "Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku"                                                    (Surah ...

Inspirasi Pengarang Kreatif

Imej
  PROF. MADYA DR. KAMARIAH BINTI KAMARUDIN Semakin dewasa, aku sedar akan perkara yang tidak aku cakna dahulu, rupanya berbondong-bondong pengarang sastera telah pun dilahirkan dan masih berterusan, begitu juga peminatnya. Walau ramai pengarang yang telah diangkat nama dalam dunia sastera, aku lebih memilih untuk mencontohi guruku, Prof. Madya Dr. Kamariah Binti Kamarudin. Sifatnya yang tekun menulis mendorong aku juga untuk turut sama mengikuti jejak langkahnya. Beliau pernah berkata "syukur dan sabar" ialah kunci yang membentuk dirinya sehingga namanya dijulang kerana beberapa kali memenangi anugerah berprestij.  Novel Pertama Hanya jauhari yang mengenal manikam, penulisannya sarat dengan ibrah untuk para pembaca, penggunaan bahasa yang lunak, kata yang tersusun, ada rimanya, ah! Aku mahu menyambung legasinya! Memikul segunung tanggungjawab untuk memartabatkan seni warisan anak melayu serta memberi pengajaran penting dalam setiap penulisanku. Besar harapanku satu h...

Fitrah Manusia

Imej
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!” Fitrah setiap manusia itu tiada bezanya, iaitu fitrah ingin mengisi kekosongan jiwa.  Jiwa yang kosong jika tidak diisi dengan keimanan , maka, pasti diisi dengan kekufuran .  Lihatlah bagaimana umat hari ini, sudah menyimpang jauh daripada fitrahnya. Manusia membunuh seakan menjadi normalisasi dek sudah kerap menjadi halwa telinga kita saban hari. Amat ngeri apabila manusia sanggup membunuh dengan cara memotong anggota badan, membakar, bahkan membunuh ahli keluarga tanpa belas kasihan. Lebih memilukan, jenayah dilakukan oleh manusia yang waras.  Sesungguhnya, manusia itu sudah jauh daripada fitrahnya, jiwa ini seharusnya diisi dengan kalam Allah agar kita tidak terpesong dari jala...

Saiditina Aisyah RA : أمّ المؤمنين

Imej
  Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr Perwatakan seindah namanya, gerangan wanita yang memiliki nama seperti Aisyah RA. Wajarlah diteladani sosok ini. Contoh wanita solehah terbaik di antara yang terbaik.  Semoga Allah memberkati dan meluhurkan usia kita.  Daripada Amr bin al-Asr RA menceritakan:  Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : Siapakah manusia yang paling engkau kasih? Rasulullah SAW menjawab : Aisyah RA. Aku bertanya lagi : Kalau dalam kalangan lelaki? Rasulullah SAW menjawab : Ayahnya (Abu Bakar RA) Mulianya Aisyah RA, memanfaatkan usianya dengan kecerdikan yang dimiliki sehingga mampu meriwayatkan 1210 hadith Mulianya Aisyah RA, menjual barang keperluannya, untuk didermakan kepada orang yang memerlukan Mulianya Aisyah RA, menghadapi fitnah ujian besar dengan sabar  Mulianya Aisyah RA, memiliki kecantikan sehingga digelar Humaira (pipi kemerahan) namun, berusaha menjaga kehormatan dengan sebaiknya Dapat duduk bersama Aisyah RA di dalam Syurga, ci...