Indahnya Kampungku!

Mengapa mahu melihat yang jauh?

Lihatlah indahnya kampungku




Gemar rasanya menjelajah keunikan kampung sendiri, menghargai tiap-tiap unsur warisan yang ada.

Rumah tradisional melayu, 

masih kekal utuh walau zaman berganti zaman. 

Mari! berjalan di batas padi. 

Mengambil foto keindahan alam. 

Namun, perlu hati-hati

Takut jatuh ke sawah padi. 

Kampungku punya ini. 

Tebunya bersusun panjang, 

menunjang ke langit tinggi. 

Menjadi daya tarikan orang kampung,

juga kunjungan orang luar. 

Makanan sedap-sedap belaka,

"Sayap ayam bakar, mari-mari", juadah terkenal di sini. 



Kampungku punya ini, 

bersusun botol tinggi. 

Melakar sejarah kampung itu sendiri. 

Dikenali replika Menara Berkembar Petronas, 

juga menara Kuala Lumpur. 

Jangan tidak percaya, 

dibina hasil titik peluh dua anak jati kampung sahaja.

Cekal lah mereka. 

Menggunakan tenaga sebaiknya. 

Menghabiskan usia sebaiknya. 

Memberi senyum buat semua. 

Ulasan