Catatan

Qiam

Imej
 "Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirahat" [78:9] Berehatlah untuk kau mengabdikan dirimu semula kepada Allah. Nikmatnya terasa bila dapat tidur seketika dan bangun Qiam di 2/3 malam. Seperti Allah yang mengejutkan kau dari tidur untuk dipilih sujud kepadanya. Akur, bersama deraian mutiara kecil membasahi pipi. "Aku banyak dosa Ya Rabb lalu kau masih membenarkan aku bangun untuk sujud kepadamu". Aishah, ketika kau tiba di malam itu, maka hargailah setiap detik, saat yang berlalu. Waktu yang paling berharga, ketika kau merindu dan dirindu oleh Sang Kekasih yang sebenar. 

Ujian

Imej
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)" (2:214) Manusia dan ujian itu lumrah. Dalam surah Al Mulk, Allah berfrman "Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya". Untuk itu, masih terlalu awal untuk aku berputus asa.   "Aku yang amanahkan kamu untuk jaga harta itu" bukan kerana kamu pandai, kamu rajin, kerana itu kamu kaya, tapi kerana Allah yang hendak beri. Yu...

Tepak Sirih

Imej
Si dara mencari tempat berteduh,  berteduhla ia bawah pohon kayu,  tuntutan adat dipegang teguh,  tepak sirih budaya melayu.  Tepak sirih, adat budaya perkahwinan masyarakat Melayu. Ia digunakan dalam majlis pertunangan dengan simbolik hubungan formaliti terhadap perkahwinan. Kandungan yang ada dalam tepak sirih terdiri daripada pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih,  kacip. Uniknya setiap kandungan itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pinang membawa maksud keturunan yang baik, kapur melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus manakala,  gambir dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberi erti ketabahan.  Tembakau pula melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sediah berkorban dalam setiap perkara. Bahan utama iaitu sirih membawa maksud sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi. 

Manusia Luar Biasa

Imej
Manusia luar biasa itu seperti apa?  Tenang,  Tawadhuk,  Lemah lembut,  Sentiasa mempermudah urusan orang lain.  Mutiara kata inilah yang dibekalkan yang masih aku pegang hingga ke hari ini. Persekitaran hidup yang sudah lazim dengan sifat jahiliyyah, menuntut aku agar berubah. Satu cabaran besar, hendak membangunkan peribadi yang baik apatah lagi menjadi luar biasa bukan hanya di mata manusia, paling penting di mata Allah.  Datuk Prof Dr Muhaya merupakan anak jati Terengganu yang memiliki aura luar biasa. Insan ini menjadi pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menggunakan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya. Wasilah keturunan beliau juga hebat-hebat belaka, beliau dianugerahi seorang suami dan dua cahaya mata yang juga bergelar doktor. Dr Muhaya kini aktif menjadi pakar motivasi sehingga sosok ini telah menjadi inspirasi buat diriku. 

Bingkisan Buat Ibu

Imej
Ibu, Ibu pasti penat, ibu pasti letih,  ibu pasti lelah.  Namun, tidak pernah sekali pun, aku lihat ibu berhenti,  Maafkan aku duhai ibu, penat lelahmu tidak terbalas oleh sikap ku penat lelahmu tidak mampu kutanggung beban itu. Penat lelahmu bahkan tiada siapa yang tahu.  Namun yakinlah, bahawa Allah sentiasa bersamamu. 

Indahnya Kampungku!

Imej
Mengapa mahu melihat yang jauh? Lihatlah indahnya kampungku Gemar rasanya menjelajah keunikan kampung sendiri, menghargai tiap-tiap unsur warisan yang ada. Rumah tradisional melayu,  masih kekal utuh walau zaman berganti zaman.  Mari! berjalan di batas padi.  Mengambil foto keindahan alam.  Namun, perlu hati-hati Takut jatuh ke sawah padi.  Kampungku punya ini.  Tebunya bersusun panjang,  menunjang ke langit tinggi.  Menjadi daya tarikan orang kampung, juga kunjungan orang luar.  Makanan sedap-sedap belaka, "Sayap ayam bakar, mari-mari", juadah terkenal di sini.  Kampungku punya ini,  bersusun botol tinggi.  Melakar sejarah kampung itu sendiri.  Dikenali replika Menara Berkembar Petronas,  juga menara Kuala Lumpur.  Jangan tidak percaya,  dibina hasil titik peluh dua anak jati kampung sahaja. Cekal lah mereka.  Menggunakan tenaga sebaiknya.  Menghabiskan usia sebaiknya.  Memberi senyum buat se...

Robohkan!

Imej
Gambar hiasan "Keluarlah dari rumahmu!" Lumrah kaca mata manusia melihat kemajuan apabila tiada lagi kawasan pinggiran. "Pinggiran harus dirobohkan! Kami mahu membina sesuatu yang lebih baik, lebih maju. Ambil pampasan itu, keluarlah dari rumahmu". Itu kata mereka. Seolah pinggiran tiada erti. Jika kau selami "pinggiran yang ku gelar kampung itu! tempat aku membesar, tempat penduduk bersama susah dan senang. Kawasan paling selamat untuk anak-anak bermain di sekitarnya". Kini, tiada lagi tempat amanku. Hati berkecamuk memikirkan warisan itu mahu diroboh. Ya, aku tak punya apa-apa, aku hidupnya sederhana. Kau punya kuasa, mampu saja berbuat sewenangnya. Berbahagialah! Semoga kau terselamat dunia akhirat. Ini dunia,  dunia itu fantasi,  syurga itu pasti. Maka, bersabarlah wahai hati