Ujian


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"

(2:214)

Manusia dan ujian itu lumrah. Dalam surah Al Mulk, Allah berfrman "Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya". Untuk itu, masih terlalu awal untuk aku berputus asa.  

"Aku yang amanahkan kamu untuk jaga harta itu"

bukan kerana kamu pandai, kamu rajin, kerana itu kamu kaya, tapi kerana Allah yang hendak beri. Yusuf ialah harta yang diamanahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim. Boleh jadi duit, harta, pangkat, keluarga, pasangan merupakan Yusuf kita. Allah mengarahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih yusuf untuk membuang rasa memiliki. Apabila diuji, ambillah pengajaran dari kisah yusuf.  Menerima amanah dengan ikhlas dan yakin semuanya milik Allah. Maka Allah berhak, mengambilnya kembali. 


 

Ulasan