Robohkan!
Gambar hiasan
"Keluarlah dari rumahmu!"
Lumrah kaca mata manusia melihat kemajuan apabila tiada lagi kawasan pinggiran. "Pinggiran harus dirobohkan! Kami mahu membina sesuatu yang lebih baik, lebih maju. Ambil pampasan itu, keluarlah dari rumahmu". Itu kata mereka. Seolah pinggiran tiada erti. Jika kau selami "pinggiran yang ku gelar kampung itu! tempat aku membesar, tempat penduduk bersama susah dan senang. Kawasan paling selamat untuk anak-anak bermain di sekitarnya". Kini, tiada lagi tempat amanku. Hati berkecamuk memikirkan warisan itu mahu diroboh. Ya, aku tak punya apa-apa, aku hidupnya sederhana. Kau punya kuasa, mampu saja berbuat sewenangnya. Berbahagialah! Semoga kau terselamat dunia akhirat.
Ini dunia,
dunia itu fantasi,
syurga itu pasti.
Maka, bersabarlah wahai hati

Ulasan
Catat Ulasan