Tepak Sirih
Si dara mencari tempat berteduh,
berteduhla ia bawah pohon kayu,
tuntutan adat dipegang teguh,
tepak sirih budaya melayu.
Tepak sirih, adat budaya perkahwinan masyarakat Melayu. Ia digunakan dalam majlis pertunangan dengan simbolik hubungan formaliti terhadap perkahwinan. Kandungan yang ada dalam tepak sirih terdiri daripada pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih, kacip. Uniknya setiap kandungan itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pinang membawa maksud keturunan yang baik, kapur melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus manakala, gambir dengan sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberi erti ketabahan. Tembakau pula melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sediah berkorban dalam setiap perkara. Bahan utama iaitu sirih membawa maksud sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain sedangkan dirinya sendiri adalah bersifat pemberi.

Ulasan
Catat Ulasan