Fitrah Manusia
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”
Fitrah setiap manusia itu tiada bezanya, iaitu fitrah ingin mengisi kekosongan jiwa.
Jiwa yang kosong jika tidak diisi dengan keimanan, maka, pasti diisi dengan kekufuran.
Lihatlah bagaimana umat hari ini, sudah menyimpang jauh daripada fitrahnya. Manusia membunuh seakan menjadi normalisasi dek sudah kerap menjadi halwa telinga kita saban hari. Amat ngeri apabila manusia sanggup membunuh dengan cara memotong anggota badan, membakar, bahkan membunuh ahli keluarga tanpa belas kasihan. Lebih memilukan, jenayah dilakukan oleh manusia yang waras.
Sesungguhnya, manusia itu sudah jauh daripada fitrahnya, jiwa ini seharusnya diisi dengan kalam Allah agar kita tidak terpesong dari jalan kebenaran. Al Quran merupakan anugerah yang menjadi penyuluh buat kehidupan manusia. Oleh itu, wajarlah semua mengambil ibrah daripada peristiwa yang berlaku. Moga-moga manusia menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup agar fitrah yang sebenar dapat dikembalikan.

Ulasan
Catat Ulasan