Inspirasi Pengarang Kreatif
PROF. MADYA DR. KAMARIAH BINTI KAMARUDIN
Semakin dewasa, aku sedar akan perkara yang tidak aku cakna dahulu, rupanya berbondong-bondong pengarang sastera telah pun dilahirkan dan masih berterusan, begitu juga peminatnya. Walau ramai pengarang yang telah diangkat nama dalam dunia sastera, aku lebih memilih untuk mencontohi guruku, Prof. Madya Dr. Kamariah Binti Kamarudin. Sifatnya yang tekun menulis mendorong aku juga untuk turut sama mengikuti jejak langkahnya. Beliau pernah berkata "syukur dan sabar" ialah kunci yang membentuk dirinya sehingga namanya dijulang kerana beberapa kali memenangi anugerah berprestij.
Novel Pertama
Hanya jauhari yang mengenal manikam, penulisannya sarat dengan ibrah untuk para pembaca, penggunaan bahasa yang lunak, kata yang
tersusun, ada rimanya, ah! Aku mahu menyambung legasinya! Memikul
segunung tanggungjawab untuk memartabatkan seni warisan anak melayu serta memberi pengajaran penting dalam setiap penulisanku. Besar harapanku satu hari aku mampu memberi manfaat kepada orang lain menerusi karyaku sendiri.

Ulasan
Catat Ulasan